Gaya hidup Orang_Roma

Kepercayaan

Leluhur masyarakat ini dipercayai menganut agama Hindu, namun lama kelamaan memeluk agama kebanyakan atau majoriti tempat yang diduduki mereka;[65] Orang Roma beragama Islam ada di Turki, Bosnia dan Herzegovina, Albania, Mesir, Kosovo, Makedonia Utara dan Bulgaria,; yang memeluk agama Kristian mazhab Ortodoks pula ada wujud di Serbia dan Yunani. Pemelukan agama yang berbeza-beza dilihat cenderung menyebabkan keluarga-keluarga mereka tidak mampu berkahwin campur sesama mereka.[66] Majoriti kaum mereka di Sepanyol pula memeluk mazhab Katolik.

Terdapat juga segolongan yang mengekalkan ajaran nenek moyang mereka manakala ada yang mendirikan pertubuhan agama dan politik mereka tersendiri.[67]

Keluarga

Masyarakat ini sangat memandang tinggi keluarga luas. Dara merupakan aspek penting dalam kaum perempuan yang mesti dijaga. Masyarakat ini juga cenderung kahwin dalam usia yang muda; ada adat resam yang menyatakan keluarga bakal suamii mesti membayar mahar kepada keluarga bakal isteri namun kurang diamalkan kini. Isteri akan mengikut keluarga suami dengan peranan keperluan suamu dan anak-anak serta mertua mereka.

Keluarga biasanya dketuai orang lelaki tertua - selalunya datuk. Kaum lelaki dilihat mempunyai kuasa melebihi kaum wanita. Kaum wanita semakin mendapat kuasa dengan meningkatnya usia, terutamanya selepas berkahwin dan mendapatkan anak.

Budaya

Muzik Roma merupakan unsur budaya utama masyarakat ini terutamanya yang bertaburan penduduk di kawasan Balkan. Malah, gaya persembahan muzik ini banyak mempengaruhi penggubah muzik klasikal Eropah termasuk Franz Liszt dan Johannes Brahms. Di Romania, perkahwinan tradisi dalam negara tersebut sering diiringi golongan pemuzik khusus dalam kalangan masyarakat ini dipanggil lăutar [lĕu-tar]. Mereka turut menceburi genre kugiran muzik bras.

Rujukan

WikiPedia: Orang_Roma http://romafacts.uni-graz.at/index.php/history/gen... http://rombase.uni-graz.at//cgi-bin/art.cgi?src=da... http://rombase.uni-graz.at//cgi-bin/artframe.pl?sr... http://censusresults.nsi.bg/Census/Reports/2/2/R7.... http://www.nsi.bg/bg/content/12037/basic-page/%D0%... http://www.dhnet.org.br/direitos/sos/ciganos/a_pdf http://www.britannica.com/topic/Rom http://www.csmonitor.com/World/Europe/2008/0213/p0... http://www.ethnologue.com/language/rmy http://www.euractiv.com/security/situation-roma-fr...